PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2016), organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi tersendiri dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepimpinan berlaku apabila terdapat seseorang yang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang cemerlang bergantung kepada gaya pimpinan pengetua disamping kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Berdasarkan kepada kepimpinan ini, terdapat empat gaya kepimpinan yang digunakan bagi memimpin sesebuah organisasi iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.
AUTOKRATIK

- Hanya melibatkan interaksi sehala sahaja.
- Pengetua memberi arahan, guru-guru hanya mendengar dan mengikut segala keputusan yang telah ditetapkan.
- Guru-guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang pendapat dan cadangan.
- Gaya kepimpinan ini menyebabkan berlakunya suasana yang tegang dan menyebabkan motivasi guru-guru menjadi rendah.
- Setiap keputusan yang diputuskan berdasarkan suara majoriti.
- Interaksi yang berlaku adalah interaksi dua hala iaitu sebarang tindakan yang ingin dilakukan akan dibincangkan, setiap pendapat dan cadangan dapat dikemukakan.
- Gaya kepimpinan ini menggalakkan semangat bekerjasam, hormat-menghormati dan wujudnya suasana yang mesra antara pengetua dan guru-guru.
- Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh guru.
- Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat keputusan bagi membuat sebarang tindakan.
- Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab guru-guru. Sebagai contoh, pengetua tidak menentukan tugas guru ketika mengendalikan rumah sukan di sekolah.
- Tiada cara yang khusus bagi memimpin dan mentadbir organisasi.
- Pengetua menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud. Sebagai contoh, pengetua meminta para guru bersikap lebih tegas dari segi akademik bagi pelajar yang mengambil peperiksaan PT3 atau SPM.
No comments:
Post a Comment