- Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
- Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar dan motivasi.
- Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar di samping menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
- Menentukan tugasan dan bidang kerta serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun
- Menjaga kebajikan pegawai
- Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan di samping mengawal stok dan harta benda sekolah.
- Mempertingkatkan keceriaan sekolah dan memastikan kemudahan sekolah lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
- Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
- Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian atau jabatan dan agensi-agensi luar.
KURIKULUM
•Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
•Menyusun jadual waktu kelas dan guru
serta menyediakan jadual waktu gantian.
PENGURUSAN
•Membantu merancang takwim sekolah.
•Membantu beban tugas guru
dan staf sokongan sekolah.
PEMBANGUNAN
DIRI PELAJAR
•Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
•Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
PEMBANGUNAN
ORGANISASI
•Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
PEMBANGUNAN
KENDIRI
•Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
•Menghadiri kursus,
seminar dan bengkel.
PENTADBIRAN
ØMengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid sekolah.
ØMenyemak semua buku kedatangan harian pelajar dan memastikan butiran pelajar dikemaskini dari semasa ke semasa.
DISIPLIN
ØMenentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
ØMengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
BIMBINGAN DAN DISIPLIN
ØMerancang dan menyelaraskan pelaksanaan
program bimbingan dan kaunseling.
ØBekerjasama dengan guru kaunselor dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
PROGRAM PERLINDUNGAN
ØMenguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar sekolahnya agar berjalan lancar.
ØMenyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan para
pelajar.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
ØMenguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.
ØMengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
PERSATUAN DAN KELAB
v Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
v Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
v Merancang kegiatan pasukan badan beruniform.
v Menyelaras aktiviti pasukan badan beruniform di dalam dan luar sekolah.
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
v Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan.
v Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan.
PENTADBIRAN
v Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.
vMenyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
•Guru Kanan hendaklah bertanggungjawab kepada pengetua dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab serta memainkan peranan positif berkaitan dengan semua jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.
•Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Guru Kanan wajib memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui Kurikulum
Standard Sekolah Menengah
(KSSM).
•Guru Kanan bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat
bantu yang secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolahnya berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment