Pada masa kini, kuasa merotan murid menjadi salah satu buah mulut masyarakat kita dalam pengurusan disiplin di sekolah. Kuasa merotan ini merupakan tugas pengetua atau guru besar dan boleh diwakilkan kuasa tersebut kepada guru-guru sekiranya perlu. Namun begitu, hukuman merotan ini telah dinyatakan dalam Peraturan 5 di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Hukuman rotan yang dijalankan perlulah dilaksanakan di bilik yang tertutup untuk mengelakkan murid tersebut berasa malu dan menjatuhkan maruah murid tersebut. Hukuman merotan ini tertakluk kepada 3 jenis kesalahan iaitu kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan ringan. Berikut merupakan panduan hukuman terhadap murid:
Pengurusan Pembelajaran merupakan proses untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran,menentukan objektif pengajaran,membuat garis panduan mengenai perkara yang berkaitan dengan guru,pelajar dan sesi pembelajaran,menentukan mata pelajaran yang perlu diajar oleh guru mengikut bidang kepakarannya,dan memimpin serta membimbing para pelajar dalam pelaksanaan aktiviti agar ianya berjalan dengan lancar.
Thursday, May 9, 2019
BIDANG DAN SENARAI TUGAS
- Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
- Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar dan motivasi.
- Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar di samping menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
- Menentukan tugasan dan bidang kerta serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun
- Menjaga kebajikan pegawai
- Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan di samping mengawal stok dan harta benda sekolah.
- Mempertingkatkan keceriaan sekolah dan memastikan kemudahan sekolah lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
- Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
- Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian atau jabatan dan agensi-agensi luar.
KURIKULUM
•Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
•Menyusun jadual waktu kelas dan guru
serta menyediakan jadual waktu gantian.
PENGURUSAN
•Membantu merancang takwim sekolah.
•Membantu beban tugas guru
dan staf sokongan sekolah.
PEMBANGUNAN
DIRI PELAJAR
•Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
•Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
PEMBANGUNAN
ORGANISASI
•Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
PEMBANGUNAN
KENDIRI
•Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
•Menghadiri kursus,
seminar dan bengkel.
PENTADBIRAN
ØMengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid sekolah.
ØMenyemak semua buku kedatangan harian pelajar dan memastikan butiran pelajar dikemaskini dari semasa ke semasa.
DISIPLIN
ØMenentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
ØMengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
BIMBINGAN DAN DISIPLIN
ØMerancang dan menyelaraskan pelaksanaan
program bimbingan dan kaunseling.
ØBekerjasama dengan guru kaunselor dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
PROGRAM PERLINDUNGAN
ØMenguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar sekolahnya agar berjalan lancar.
ØMenyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan para
pelajar.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
ØMenguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.
ØMengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
PERSATUAN DAN KELAB
v Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
v Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
v Merancang kegiatan pasukan badan beruniform.
v Menyelaras aktiviti pasukan badan beruniform di dalam dan luar sekolah.
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
v Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan.
v Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan.
PENTADBIRAN
v Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.
vMenyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
•Guru Kanan hendaklah bertanggungjawab kepada pengetua dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab serta memainkan peranan positif berkaitan dengan semua jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.
•Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Guru Kanan wajib memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui Kurikulum
Standard Sekolah Menengah
(KSSM).
•Guru Kanan bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat
bantu yang secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolahnya berjalan lancar.
ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2016), organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi tersendiri dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepimpinan berlaku apabila terdapat seseorang yang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang cemerlang bergantung kepada gaya pimpinan pengetua disamping kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Berdasarkan kepada kepimpinan ini, terdapat empat gaya kepimpinan yang digunakan bagi memimpin sesebuah organisasi iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.
AUTOKRATIK
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2016), organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi tersendiri dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepimpinan berlaku apabila terdapat seseorang yang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang cemerlang bergantung kepada gaya pimpinan pengetua disamping kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Berdasarkan kepada kepimpinan ini, terdapat empat gaya kepimpinan yang digunakan bagi memimpin sesebuah organisasi iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.
AUTOKRATIK
- Hanya melibatkan interaksi sehala sahaja.
- Pengetua memberi arahan, guru-guru hanya mendengar dan mengikut segala keputusan yang telah ditetapkan.
- Guru-guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang pendapat dan cadangan.
- Gaya kepimpinan ini menyebabkan berlakunya suasana yang tegang dan menyebabkan motivasi guru-guru menjadi rendah.
- Setiap keputusan yang diputuskan berdasarkan suara majoriti.
- Interaksi yang berlaku adalah interaksi dua hala iaitu sebarang tindakan yang ingin dilakukan akan dibincangkan, setiap pendapat dan cadangan dapat dikemukakan.
- Gaya kepimpinan ini menggalakkan semangat bekerjasam, hormat-menghormati dan wujudnya suasana yang mesra antara pengetua dan guru-guru.
- Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh guru.
- Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat keputusan bagi membuat sebarang tindakan.
- Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab guru-guru. Sebagai contoh, pengetua tidak menentukan tugas guru ketika mengendalikan rumah sukan di sekolah.
- Tiada cara yang khusus bagi memimpin dan mentadbir organisasi.
- Pengetua menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud. Sebagai contoh, pengetua meminta para guru bersikap lebih tegas dari segi akademik bagi pelajar yang mengambil peperiksaan PT3 atau SPM.
Subscribe to:
Comments (Atom)